|
TAJUK:
PERANAN INDIVIDU TERHADAP KELUARGA
( Isu : SUMBANG MAHRAM DAN BERSEKEDUDUKAN )
:Dasywiin Kumar a/l Balakrishnan(33DPE 15F2009)
:Cheidsada a/l Epan (33DPE15 F2005)
:Ebenezer a/l Kumaran (33DPE15F2026)
OBJEKTIF
1.Mengenal
pasti maksud sumbang mahram dan bersekedudukan.
2.Langkah-langkah
mengatasi gejala sosial ini.
3.Faktor-faktor
berlakunya masalah ini.
PENGENALAN
Maksud Sumbang mahram atau inses
Kegiatan
seks antara ahli-ahli keluarga yang
rapat. Ia merupakan suatu pantang
larang dalam
kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk
juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara
seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum
dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan
kanak-kanak dan
pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.
Pengertian
yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang
berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan
dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat".
Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan
melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian
melalui perkahwinan serta pengambilan
anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang
sebarang hubungan seks antara
mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang
sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang
dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.
Sumbang
mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan
jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan
anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa.
Sumbang
mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam
kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat
kesepersetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah
"rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram
merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang
sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang susah dikuatkuasakan.
Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah
sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap
sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai
suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.
Bersekedudukan
Hidup
bersama layaknya hubungan antara suami dan isteri di luar perkahwinan. Hubungan ini dilakukan
dalam jangka waktu tidak tertentu sehingga ada kecocokan menuju pernikahan. Pacaran adalah istilah yang
digunakan untuk menggambarkan hubungan mereka. Bersekedudukan sudah jelas
merupakan perzinaan dalam konteks Islam.
LAMPIRAN:
Antara faktor lain yang boleh berlakunya gejala sumbang
mahram dan bersekedudukan ini ialah:
PENGARUH PERSEKITARAN:-
Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam
masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek yang tertentu dan
menghindarkan perkembanagn aspek lain.aspek lain.Persekitaran
yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan
persekitaran social budaya yang bersifat secular liberal dan meterialistik.
Disini persekitaran berunsur negatif dibahagikan kepada beberapa kedaan:-
1. PERKEMBANGAN PUSAT-PUSAT PELANCONGAN ALA BARAT.
Kelonggaran kewujudan pusat-pusat peranginan untuk
menarik pelancong² asing tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya melayu
atau berlawanan dengan budaya melayu dan Keislaman. Percampura bebas,
bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan ditempat-tempat rekreasi
peranginan dan perkelahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi
remaja menconthi dan beraksi.
2. PUSAT-PUSAT KAROAKE, PUB DAN BUDAYA PERJUDIAN.
Budaya hiburan dan ungkapan born to be free, “Mudah hanya
sekali”, sering menghantui remaja kita. Persekitaran dibandar-bandar pada waktu
malam hidup hingga kelarut malam dengan beroperasinya pusat-pusat hiburan yang
berlesen dan tanpa lesen. Sebagai contoh disekitar Petaling Jaya, Damansara
Utama, seksyen 21 dan ss2 mempunyai banyak pusat hiburan . Menurut Mohamed Nor
Bador, kajian mereka mendapati terdapat 68 pusat video game berlesen, 34
snuker, 104 buah pub dan karaoke dan 4 buah disko di Petaling Jaya. Menurutnya
lagi, statistik percambahan pusat hiburan ini terlalu tinggi dam mereka banyak
menerima runguan daripada masyarajat sekeliling.
3. KONSERT-KONSERT ROCK DAN HEAVY–METAL.
Pemujaan kepada artis-artis Barat dan ratu-ratu rock
Malaysia telah sampai ketahap yang membimbangkan, Keonsert-konsert rock
bergerak berbenruk heavy-metal, dangdut dan seumpamanya seolah-olah telah
menjadi lumrah bagi muda-mudi mencari ketenangan jiwa. Sebagai contoh pada 11
september 1996 malam, satu konsert heavy-metal besar-besaran telah diadakan
distadium Merdeka yang memaparkan kehebatan penyanyi-penyayi import seperyi
Scorpion dan konsert scorpions, salem cool planet Music QuakeDianggarkan 35,000
orang penonton membanjiri konsert tersebut dengan pelbagai gelagat yang
memalukan. Kajian yang dijalankan oleh penulis lebih 70% penonton hadir adalah
terdiri daripada belia melayu.
Malahan ada dikalangan penganjur melunakkan konsep
konsert dengan berselindung disebalik knsert amal, konsert membantu penghidap
AIDS, mengisi tabung bantuan Bosnia, malam anak-anak yatim /cacat dan
seumpamanya. Kononnya disamping meraih keuntunan besar, mereka dapat beramal
dengan menderkmakan sebahagian hasil kepada tabung amal/kurang bernasib baik.
4. KEMUDAHAN MENDAPAT ARAK DAN ALAT PENCEGAHAN KEHAMILAN
Selain lesen perjudian dan lesen pusat hiburan. Lesen
arak juga diberikan begitu mudah kepada pengusaha-pengusaha. Contohnya, dari
pengamatan penulis dan temubual secara tidak fomal di 2 buah kedai conveinient
Store (dibuka 24 jam) yang terletak di kawasan perumahan majoritinya melayu,
terdapat tidak kurang dari 12 jenis arak yang dijual disini dalam tin-tin
sejajar dengan minuman lain. Selain itu khidmat penjualan kondom juga diadakan.
Temu bual yang dibuat secara informaldengan jurujual dikedai tersebut mendapati
lebih kurang tujuh pelanggan remaja yang membeli arak setiap hari .Oleh itu
tidak hairanlah masyarkat pada hari ini mudah telibat dalam kacah maksiat dan
sumbang mahram kerana kemudahan yang terbentang luas (easily acceassible to) ;
untukmereka hanya tinggal :tepuk dada tanya iman”
5. KEKURANGAN
ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT.
Masyarkat kini boleh dikatakan ketandusan role model yang
boleh di jadikan contoh iukutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada peringkat
individu mahupun dipeinkat pemimpin. Kita tidak dapat menafikan ramai yang
pandai bercakapmengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam as
comprehensive way of live tetapi berapa ramaikah yang benar-benar beramal
dengan dengannya? Anak-anak mudah terkeliru dan tercari-cari mankah role model
yang perlu mereka ikuti?
Contoh yang mudah dan sentiasa ditemui ialah artis-artis
dalam dan luar negara kerana kejayaan kerier mereka mendapat liputan meluas
dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah kita apabila artis-artis
mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan orang yang beragama/ulama’
dipingirkan dan dipandang serong.
6. PENGARUH MEDIA MASSA KEPADA MASYARAKAT
Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa banyak
memberikan perkembangan atau banyak maklumat kepada masyarakat terutamanya
berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada
berita-berita luar negara.Tetapi kalau kita lihat pada hari ini banyak media
massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga meyebabkan berlakunya banyak
perakara-perkara yang tidak baik didalam masyarakat.seperti Internet,
televisyen, dan majalah-majalah hiburan.
7. INTERNET
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia diseluruh
dunia. Termasuk
yang sedang diubah adalah pemikiran umat islam.Mungkin
berbanding dengan umat lain. Pengguna internet di dikalangan umat Islam masih
rendah. Akan tetapi golongan kecil orang Islam yang menggunakan internet sudah
tentu tidak terlepas daripada pengaruh internet.Apa yang
menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain
adalah sifatya yang dapat menerobos sempadan negara . Ia sukar disekat ,
ditapis dan dihalang. Tidak seperti media lain.Maka dengan itu, bahan-bahan
lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang
kemasukannaya.Begirtu juga dengan bahan-bahan subversif termsuklah tulisan yang
bersifat menentangagama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat
terutamanya umat Islam. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang
kemasukan bahan-bahan ini. Begitu juga Malaysia Selama ini kerajaan dapat
memendung kamsukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet,
kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.
Selain internet pengaruh media massa seperti televisyen
juga merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial.Banyak
rancangan-rancangan yang disisiarkan di televisyen yang memaparkan
adengan-adengan ganas, tahyul dan seks.Ini boleh
mendorong masyarkat kearah berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan
kelakuan yang tidak baik.
Tidak dapat disangkal bahawa media massa dan keterbukaan
dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara faktor-faktor penring
berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas. Selain daripada media cetak
, media elektronik memainkan peranan yang tidak kuran hebatnya dalam
mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak remaja.
Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, para
pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsure-unsur ganas dan
luar, budaya barat,budaya dadah,budak disko rock tahyul dan seks.Dengan
wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja
mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yan
telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa
dipasaran.Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas,pelacur
murahan,home seks,lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram.
Diantara contoh-contoh rancangan TV yang pada pengamatan
saya boleh mempengaruhi akhlak masyarkat kita pada hari ini:-
a. Drama-drama melayu yang memaparkan artis-artis muda
genit dengan memegang watak penting yang memaparkan adegan cinta serta aksi
yang memberahikan tidak patut ditayangkan.
b. Adegan seks dan ganas yang dipaparkan dalan drama
bersiri Baywatch.Filem ini boleh mengajar remaja dan
masyarkat berpakain seksi serta bergaul tanpa batasan.
c. Adegan ganas serta kejam seperti kebanyakan filem yang
disiarkan dalam Saturday showtime.Filem-filem ini boleh mempengaruhi remaja dan
masyarakat bertindak ganas dan kejam.
Selain itu majalah-majalah berbentuk hiburan juga banyak
memberi kesan negatif keatas kelakuan masyarakat pada hari ini.Banyak majalah
yang berada dipasaran hari ini yang memaparkan gambar artis-artis barat dan
memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya mereka.Pengaruh budaya barat ini begitu
mudah menyelinap masuk kedalam masyarakat kita.Kebanyakan masyarakat dalam
negara kita terutamanya orang melayu mudah terpengaruh dengan budaya ini.
8. UNDANG-UNDANG YANG TIDAK SETIMPAL
Dalam memperkatakan tentang punca-punca keutuhan moral
dan akhlak masyarakat, kita tidak boleh lari dari membicarakan saham yang
diberikan oleh undang-undang kerana ia merupakan unsur yang penting dalam
membendung sebaranang kemungkaran dalam masyarakat. Contohnya, baru-baru ini
seorang penyanyi telah didedahkan dalam surat khabar dan televisyen
,mengakubersalah melakukan persetubuhan haram tetapi hukuman yang dikenakan
hanyalah denda RM1000 dan dikenakan penjara 6 bulan. Bagaimana pula
dengankesalahan-kesalahan lain seperti bagi orang Islam meminum minuman keras,
berjudi, berkhalwat dan lain;-lain??
Apa yang jelas kepada kita pembalasan yang tidak setimpal
dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan kepada
si pelakunya malahan meggalakkan lagi pengulangan kes serta tidak menimbulkan
rasa gerun kepada individu lain dalam masyarakat daripada melakukannya.
KESAN
Kesan Kepada Individu terbabit.
Anak yang diperkosa oleh keluarga terdekat
tentu ia mempunyai kesan psikologi yang tinggi.Perasaan benci akan tumbuh di
hatinya manakala perasaan hormatnya akan hilang terhadap kaum kerabat yang
melakukan perbuatan tersebut.Malah mungkin mengalami gangguan psikologi
atau tekanan jiwa. Kepercayaan terhadap keluarga tertentu terutama ahli
keluarga yang melakukan perbuatan aniaya akan musnah.
Dia pasti akan merasa rendah diri dan merasa
tiada harga diri lagi di sisi masyarakat. Malah anaknya yang baru belasan tahun
bila usia remaja akan mudah terjerumus dirinya kepada gejala yang tidak sihat
kerana terasa maruah diri sudah tiada lagi. Akhirnya mereka takut untuk
berhadapan dengan masyarakat, takut untuk menghadapi masa serta tidak yakin
pada diri sendiri.
Kesan kepada Keluarga
Hubungan kekeluargaan akan retak dan boleh
menimbulkan kepincangan didalam rumahtangga. Bila berlaku keretakan didalam
rumahtangga atau hubungan kekeluargaan sudah tidak dapat dieratkan lagi.
Kesannya kepada masyarakat sangat terasa. Bagaimanakah masyarakat penyanyang
akan dapat dilahirkan dengan kejadian begini.??
Lebih-lebih lagi anak-anak ini akan menyimpan
perasaan dendam terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk terhadap
dirinya.Mereka akan susah untuk mendidik dan diberi teguran malah bila ini
dilakukan oleh ahli keluarga terdekat perasaan sayang dan harapan kepada
keluarga sebagai tempat pergantungan terus hilang.
Anak-anak sepatutnya mendapat pembelaan yang
sewajarnya dari ahli keluarga terdekat saperti ayah kandung, Ayah tiri, Bapa
saudara, emak, emak saudara.Tetapi ia tidak berlaku demikian, orang yang
diharapkan pula menganiayainya. ”Harapkan pagar, pagar makan padi”. Mereka
pasti mempunyai kenangan hidup yang sangat pahit untuk disimpan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG
MAHRAM DAN BERSEKEDUDUKAN.
Terdapat
beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram
dari terus berleluasa. Antaranya adalah dengan mengukuhkan
institusi keluarga dengan meluangkan masa untuk bersama
dengan anak-anak dan mengawasi segala tindak-tanduk mereka. Mereka juga
boleh melakukan aktiviti riadah yang sihat bersama-sama.
Menitik
beratkan didikan agama dengan memantapkan keimanan dalam diri setiap
individu. Mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga
terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti dan wajib
dilakukan oleh semua umat Islam.
Seterusnya, mengadakan
aktiviti khas seperti program ceramah atau kursus khas tentang keibubapaan dan
tanggungjawab. Memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk
pasangan suami isteri, mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang
merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan
keibubapaan, mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan
di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya
terhadap isteri, anak-anak dan juga anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi
olehnya.
Langkah
yang berikutnya ialah memberikan pendidikan seks yang sewajarnya di
sekolah dengan memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan,
penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki
dan wanita serta cara-cara menjaga diri daripada sebarang gangguan seksual.
Selain
itu, penglibatan dan kerjasama dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan dalam
usaha menjayakan strategi membendung sumbang mahram. Antaranya seperti
rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan
prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini
termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk, sama ada yang
berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping penguatkuasaan
undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga
undang-undang untuk melindungi mangsa.
KESIMPULAN
Semua pihak dari semua golongan masyarakat hendaklah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan itu, remaja haruslah di didik dengan didikan agama yang kuat sejak dari kecil lagi supaya mereka akan berfikir sekali dua sebelum terjebak dalam gejala-gejala yang boleh merosakkkan nama keluarga mahupun diri sendiri.
RUJUKAN
www.wikipedia/sumbangmahram.com.my





