Friday, 7 October 2016



nilai masyarakat
malaysia
 
 





TAJUK: PERANAN INDIVIDU TERHADAP KELUARGA 
( Isu : SUMBANG MAHRAM DAN BERSEKEDUDUKAN )

:Dasywiin Kumar a/l Balakrishnan(33DPE 15F2009)
:Cheidsada a/l Epan (33DPE15 F2005)
:Ebenezer a/l Kumaran (33DPE15F2026)





OBJEKTIF

1.Mengenal pasti maksud sumbang mahram dan bersekedudukan.
2.Langkah-langkah mengatasi gejala sosial ini.
3.Faktor-faktor berlakunya masalah ini.

PENGENALAN
Maksud Sumbang mahram atau inses 
Kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram.
Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.
Sumbang mahram boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa.
Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang mahram merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang mahram merupakan sebuah undang-undang yang susah dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang mahram, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang mahram sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.

Bersekedudukan 
Hidup bersama layaknya hubungan antara suami dan isteri di luar perkahwinan. Hubungan ini dilakukan dalam jangka waktu tidak tertentu sehingga ada kecocokan menuju pernikahan. Pacaran adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan mereka. Bersekedudukan sudah jelas merupakan perzinaan dalam konteks Islam.

                                            LAMPIRAN:






Antara faktor lain yang boleh berlakunya gejala sumbang mahram dan bersekedudukan ini ialah:

PENGARUH PERSEKITARAN:-
Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek yang tertentu dan menghindarkan perkembanagn aspek lain.aspek lain.Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran social budaya yang bersifat secular liberal dan meterialistik. Disini persekitaran berunsur negatif dibahagikan kepada beberapa kedaan:-


1. PERKEMBANGAN PUSAT-PUSAT PELANCONGAN ALA BARAT.
Kelonggaran kewujudan pusat-pusat peranginan untuk menarik pelancong² asing tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya melayu atau berlawanan dengan budaya melayu dan Keislaman. Percampura bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan ditempat-tempat rekreasi peranginan dan perkelahan oleh pelancong-pelancong asing mudah mempengaruhi remaja menconthi dan beraksi.

2. PUSAT-PUSAT KAROAKE, PUB DAN BUDAYA PERJUDIAN.
Budaya hiburan dan ungkapan born to be free, “Mudah hanya sekali”, sering menghantui remaja kita. Persekitaran dibandar-bandar pada waktu malam hidup hingga kelarut malam dengan beroperasinya pusat-pusat hiburan yang berlesen dan tanpa lesen. Sebagai contoh disekitar Petaling Jaya, Damansara Utama, seksyen 21 dan ss2 mempunyai banyak pusat hiburan . Menurut Mohamed Nor Bador, kajian mereka mendapati terdapat 68 pusat video game berlesen, 34 snuker, 104 buah pub dan karaoke dan 4 buah disko di Petaling Jaya. Menurutnya lagi, statistik percambahan pusat hiburan ini terlalu tinggi dam mereka banyak menerima runguan daripada masyarajat sekeliling.




 3. KONSERT-KONSERT ROCK DAN HEAVY–METAL.
Pemujaan kepada artis-artis Barat dan ratu-ratu rock Malaysia telah sampai ketahap yang membimbangkan, Keonsert-konsert rock bergerak berbenruk heavy-metal, dangdut dan seumpamanya seolah-olah telah menjadi lumrah bagi muda-mudi mencari ketenangan jiwa. Sebagai contoh pada 11 september 1996 malam, satu konsert heavy-metal besar-besaran telah diadakan distadium Merdeka yang memaparkan kehebatan penyanyi-penyayi import seperyi Scorpion dan konsert scorpions, salem cool planet Music QuakeDianggarkan 35,000 orang penonton membanjiri konsert tersebut dengan pelbagai gelagat yang memalukan. Kajian yang dijalankan oleh penulis lebih 70% penonton hadir adalah terdiri daripada belia melayu.
Malahan ada dikalangan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung disebalik knsert amal, konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan Bosnia, malam anak-anak yatim /cacat dan seumpamanya. Kononnya disamping meraih keuntunan besar, mereka dapat beramal dengan menderkmakan sebahagian hasil kepada tabung amal/kurang bernasib baik.

4. KEMUDAHAN MENDAPAT ARAK DAN ALAT PENCEGAHAN KEHAMILAN
Selain lesen perjudian dan lesen pusat hiburan. Lesen arak juga diberikan begitu mudah kepada pengusaha-pengusaha. Contohnya, dari pengamatan penulis dan temubual secara tidak fomal di 2 buah kedai conveinient Store (dibuka 24 jam) yang terletak di kawasan perumahan majoritinya melayu, terdapat tidak kurang dari 12 jenis arak yang dijual disini dalam tin-tin sejajar dengan minuman lain. Selain itu khidmat penjualan kondom juga diadakan. Temu bual yang dibuat secara informaldengan jurujual dikedai tersebut mendapati lebih kurang tujuh pelanggan remaja yang membeli arak setiap hari .Oleh itu tidak hairanlah masyarkat pada hari ini mudah telibat dalam kacah maksiat dan sumbang mahram kerana kemudahan yang terbentang luas (easily acceassible to) ; untukmereka hanya tinggal :tepuk dada tanya iman”

5. KEKURANGAN ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT.
Masyarkat kini boleh dikatakan ketandusan role model yang boleh di jadikan contoh iukutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada peringkat individu mahupun dipeinkat pemimpin. Kita tidak dapat menafikan ramai yang pandai bercakapmengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam as comprehensive way of live tetapi berapa ramaikah yang benar-benar beramal dengan dengannya? Anak-anak mudah terkeliru dan tercari-cari mankah role model yang perlu mereka ikuti?
Contoh yang mudah dan sentiasa ditemui ialah artis-artis dalam dan luar negara kerana kejayaan kerier mereka mendapat liputan meluas dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah kita apabila artis-artis mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan orang yang beragama/ulama’ dipingirkan dan dipandang serong.
  
6. PENGARUH MEDIA MASSA KEPADA MASYARAKAT
Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa banyak memberikan perkembangan atau banyak maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara.Tetapi kalau kita lihat pada hari ini banyak media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga meyebabkan berlakunya banyak perakara-perkara yang tidak baik didalam masyarakat.seperti Internet, televisyen, dan majalah-majalah hiburan.

7. INTERNET 
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia diseluruh dunia. Termasuk
yang sedang diubah adalah pemikiran umat islam.Mungkin berbanding dengan umat lain. Pengguna internet di dikalangan umat Islam masih rendah. Akan tetapi golongan kecil orang Islam yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruh internet.Apa yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatya yang dapat menerobos sempadan negara . Ia sukar disekat , ditapis dan dihalang. Tidak seperti media lain.Maka dengan itu, bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannaya.Begirtu juga dengan bahan-bahan subversif termsuklah tulisan yang bersifat menentangagama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat terutamanya umat Islam. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini. Begitu juga Malaysia Selama ini kerajaan dapat memendung kamsukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.
Selain internet pengaruh media massa seperti televisyen juga merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial.Banyak rancangan-rancangan yang disisiarkan di televisyen yang memaparkan adengan-adengan ganas, tahyul dan seks.Ini boleh mendorong masyarkat kearah berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan kelakuan yang tidak baik.
Tidak dapat disangkal bahawa media massa dan keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara faktor-faktor penring berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas. Selain daripada media cetak , media elektronik memainkan peranan yang tidak kuran hebatnya dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak remaja.
Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, para pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsure-unsur ganas dan luar, budaya barat,budaya dadah,budak disko rock tahyul dan seks.Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yan telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa dipasaran.Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas,pelacur murahan,home seks,lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram.
Diantara contoh-contoh rancangan TV yang pada pengamatan saya boleh mempengaruhi akhlak masyarkat kita pada hari ini:-
a. Drama-drama melayu yang memaparkan artis-artis muda genit dengan memegang watak penting yang memaparkan adegan cinta serta aksi yang memberahikan tidak patut ditayangkan.
b. Adegan seks dan ganas yang dipaparkan dalan drama bersiri Baywatch.Filem ini boleh mengajar remaja dan masyarkat berpakain seksi serta bergaul tanpa batasan.
c. Adegan ganas serta kejam seperti kebanyakan filem yang disiarkan dalam Saturday showtime.Filem-filem ini boleh mempengaruhi remaja dan masyarakat bertindak ganas dan kejam.
Selain itu majalah-majalah berbentuk hiburan juga banyak memberi kesan negatif keatas kelakuan masyarakat pada hari ini.Banyak majalah yang berada dipasaran hari ini yang memaparkan gambar artis-artis barat dan memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya mereka.Pengaruh budaya barat ini begitu mudah menyelinap masuk kedalam masyarakat kita.Kebanyakan masyarakat dalam negara kita terutamanya orang melayu mudah terpengaruh dengan budaya ini.

8. UNDANG-UNDANG YANG TIDAK SETIMPAL
Dalam memperkatakan tentang punca-punca keutuhan moral dan akhlak masyarakat, kita tidak boleh lari dari membicarakan saham yang diberikan oleh undang-undang kerana ia merupakan unsur yang penting dalam membendung sebaranang kemungkaran dalam masyarakat. Contohnya, baru-baru ini seorang penyanyi telah didedahkan dalam surat khabar dan televisyen ,mengakubersalah melakukan persetubuhan haram tetapi hukuman yang dikenakan hanyalah denda RM1000 dan dikenakan penjara 6 bulan. Bagaimana pula dengankesalahan-kesalahan lain seperti bagi orang Islam meminum minuman keras, berjudi, berkhalwat dan lain;-lain??
Apa yang jelas kepada kita pembalasan yang tidak setimpal dengan kerosakan dan jenayah yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan kepada si pelakunya malahan meggalakkan lagi pengulangan kes serta tidak menimbulkan rasa gerun kepada individu lain dalam masyarakat daripada melakukannya.



KESAN

Kesan Kepada Individu terbabit.
Anak yang diperkosa oleh keluarga terdekat tentu ia mempunyai kesan psikologi yang tinggi.Perasaan benci akan tumbuh di hatinya manakala perasaan hormatnya akan hilang terhadap kaum kerabat yang melakukan perbuatan tersebut.Malah mungkin mengalami gangguan psikologi atau tekanan jiwa. Kepercayaan terhadap keluarga tertentu terutama ahli keluarga yang melakukan perbuatan aniaya akan musnah.
Dia pasti akan merasa rendah diri dan merasa tiada harga diri lagi di sisi masyarakat. Malah anaknya yang baru belasan tahun bila usia remaja akan mudah terjerumus dirinya kepada gejala yang tidak sihat kerana terasa maruah diri sudah tiada lagi. Akhirnya mereka takut untuk berhadapan dengan masyarakat, takut untuk menghadapi masa serta tidak yakin pada diri sendiri.

Kesan kepada Keluarga
Hubungan kekeluargaan akan retak dan boleh menimbulkan kepincangan didalam rumahtangga. Bila berlaku keretakan didalam rumahtangga atau hubungan kekeluargaan sudah tidak dapat dieratkan lagi. Kesannya kepada masyarakat sangat terasa. Bagaimanakah masyarakat penyanyang akan dapat dilahirkan dengan kejadian begini.??
Lebih-lebih lagi anak-anak ini akan menyimpan perasaan dendam terhadap orang yang melakukan perbuatan terkutuk terhadap dirinya.Mereka akan susah untuk mendidik dan diberi teguran malah bila ini dilakukan oleh ahli keluarga terdekat perasaan sayang dan harapan kepada keluarga  sebagai tempat pergantungan terus hilang.
Anak-anak sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya dari ahli keluarga terdekat saperti ayah kandung, Ayah tiri, Bapa saudara, emak, emak saudara.Tetapi ia tidak berlaku demikian, orang yang diharapkan pula menganiayainya. ”Harapkan pagar, pagar makan padi”. Mereka pasti mempunyai kenangan hidup yang sangat pahit untuk disimpan




 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI SUMBANG MAHRAM DAN BERSEKEDUDUKAN.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram dari terus berleluasa. Antaranya adalah dengan mengukuhkan institusi keluarga dengan meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi segala tindak-tanduk mereka. Mereka juga boleh melakukan aktiviti riadah yang sihat bersama-sama.

Menitik beratkan didikan agama dengan memantapkan keimanan dalam diri setiap individu. Mempraktikkan ajaran agama yang kukuh di kalangan anggota keluarga terutama sekali tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti dan wajib dilakukan oleh semua umat Islam.


Seterusnya, mengadakan aktiviti khas seperti program ceramah atau kursus khas tentang keibubapaan dan tanggungjawab. Memberikan kemahiran keibubapaan yang secukupnya untuk pasangan suami isteri, mengadakan pusat rujukan khidmat berterusan yang merupakan tempat di mana pasangan muda membuat rujukan tentang perkahwinan dan keibubapaan, mengadakan khutbah nikah yang khusus untuk menimbulkan keinsafan di dalam diri seorang lelaki dan peringatan tentang tanggungjawab dirinya terhadap isteri, anak-anak dan juga anak-anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya.

Langkah yang berikutnya ialah memberikan pendidikan seks yang sewajarnya di sekolah dengan memberi penekanan kepada pengenalan bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita serta cara-cara menjaga diri daripada sebarang gangguan seksual.

Selain itu, penglibatan dan kerjasama dari agensi kerajaan atau bukan kerajaan dalam usaha menjayakan strategi membendung sumbang mahram. Antaranya seperti rancangan bersepadu yang membabitkan perumahan, pendidikan dan kemudahan prasarana untuk membendung gejala-gejala sosial dari terus berleluasa. Ini termasuklah rumah berbilik tiga untuk keselesaan penduduk, sama ada yang berpendapatan rendah ataupun yang sebaliknya di samping penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk pesalah sumbang mahram dan juga undang-undang untuk melindungi mangsa.
  

KESIMPULAN

 Semua pihak dari semua golongan masyarakat hendaklah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan itu, remaja haruslah di didik dengan didikan agama yang kuat sejak dari kecil lagi supaya mereka akan berfikir sekali dua sebelum terjebak dalam gejala-gejala yang boleh merosakkkan nama keluarga mahupun diri sendiri.

RUJUKAN
 
www.wikipedia/sumbangmahram.com.my